Dari Abu Hurairah r.a, Ada seorang datang kepada Rasulullah s.a.w dan bertanya, Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli sebaik mungkin ? Rasulullah s.a.w menjawab, Ibumu. dia bertanya, Kemudian siapa ? Rasulullah s.a.w menjawab, Kemudian ibumu dia bertanya, Kemudian siapa ? Rasulullah s.a.w menjawab, Kemudian ibumu. dia bertanya lagi, Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w menjawab lagi, Kemudian ayahmu.
Dan menghormati tamu itu sampai tiga hari kemudian selebihnya dari itu adalah sedekah" (HR. Bukhary dan Muslim).
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya, Ada seorang datang kepada Nabi s.a.w memohon izin kepada beliau agar diperkenankan mengikuti perang. Nabi s.a.w bertanya: "Apakah kedua orang tuamu masih hidup?" orang itu menjawab: "Masih (mereka masih hidup)". Nabi s.a.w bersabda: "Berbuat baiklah kepada mereka, kemudian berperang" (HR Muslim)
"Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian tubuh kamu dibentuk di dalam rahim ibu kamu dalam masa 40 hari." (HR Bukhari & Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w "Ya, Rasulullah siapakah dari keluargamu yang paling berhak dengan kebaktianmu yang terindah?" Jawab beliau, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu, kemudian terdekat kepadamu, yang terdekat." (Sahih Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jangan membenci ayahmu. Orang yang membenci ayahnya adalah kafir." (Sahih Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Ada 2 perkara yang keduanya dapat menyebabkan mereka menjadi kafir yaitu mencela keturunan (orang lain) dan meratapi mayat." (Sahih Muslim)
Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Malanglah ia, malanglah ia, malanglah ia. Seorang yang hidup cukup lama menyaksikan hari tua ibu-bapaknya, tetapi gagal memperoleh surga (dengan jalan mengkhidmati mereka)." (HR Muslim)
Dari Ibnu Mas'ud r.a, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w menjawab: "Solat pada waktunya, lalu berbakti kepada kedua orang tua, lalu jihad di jalan Allah" (Sahih Bukhari)
Dua perkara yang Allah menyegerakan hukumannya di dunia: Kezaliman, Mendurhakai kedua orang tua" (HR Bukhari)
"Siapa yang menziarahi kubur kedua atau salah seorang ibu bapanya sekali pada setiap Jumaat, niscaya diampunkan dosanya dan dia ditulis sebagai orang yang berbakti kepada kedua ibu bapanya." (HR Al-Hakim)
Jumat, 26 Oktober 2007
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar